Aktiviti & Berita

HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 6 TAHUN 2025DI DEWAN MPTI LANGKAP

TELUK INTAN, 11 OGOS 2025- Daerah Hilir Perak dipilih sebagai lokasi penganjuran Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri 6 Tahun 2025 di Dewan MPTI Langkap sejak HBP dilaksanakan sepanjang empat tahun lalu.
Daerah Hilir Perak dipilih sebagai lokasi keempat penganjuran program di luar ipoh, dan kali pertama diadakan di daerah ini selepas hampir empat tahun penganjurannya. Ini jelas mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kerajaan dan memberikan peluang yang lebih setara kepada rakyat di pelbagai kawasan.
Sebanyak 224 aduan telah diterima semasa HBP di Langkap dan merupakan jumlah tertinggi pernah direkodkan sepanjang penganjuran program ini.
Hadir sama, YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan); YBrs. Puan Hajah Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); YBhg. Dato’ Kamalludin bin Ismail, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, YBrs Puan Mufidah Binti Mahfodz, Pegawai Daerah Hilir Perak, YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI.
Penganjuran HBP kali ini menghimpunkan 64 kaunter khidmat pelanggan dan dua kaunter bergerak, selain menawarkan program jualan murah dan jualan rahmah bagi memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan serta mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, sekali gus meringankan beban kos sara hidup.

1
10
11
12
13
14
15
16
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA