18 DISEMBER 2025 (KHAMIS) - Majlis Perbandaran Teluk Intan telah berjaya melaksanakan Kempen Kesedaran Larangan Penggunaan Beg Plastik Jinjit Sekali Guna Melalui Penekanan Amalan 5R di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Kempen ini bertujuan sebagai Inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurangan penggunaan plastik jinjit sekali guna terus dilakukan bagi kelestarian alam juga selaras dengan matlamat usaha Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan larangan sepenuhnya beg plastik sekali guna (single-use plastic bags) di seluruh negeri bermula 1 Januari 2026.
Sebagai usaha mengurangkan pencemaran dan selaras hasrat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), berikutan kaedah caj 20 sen didapati kurang berkesan untuk mengurangkan penggunaannya. Larangan ini akan melibatkan semua premis perniagaan, dan langkah ini akan diambil selepas mendapat pertimbangan akhir dari Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Kempen Inisiatif 5R telah dihadiri hampir 300 orang dari Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk dan telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua MPTI). Turut hadir sama PPgB Mohd Ismail bin Mohd Yunus, Pegawai Bomba Daerah Teluk Intan, Encik Muhammad Syahmi bin Sazali, Pegawai Perpaduan Daerah Hilir Perak, Puan Nurlaila binti Abdul Azid, Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak, Encik Md Nor Ramli bin Ismail, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Dr. Muhamad Razi bin Zakaria, Pakar Perubatan Kesihatan Awam mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak, Ahli Majlis MPTI, Rakan Media, Ketua Jabatan MPTI, Rakan Peniaga Premis Tetap Hilir Perak dan Bagan Datuk, dan Pelajar-Pelajar sekolah Menengah dan Rendah Hilir Perak.