20 FEBRUARI 2026 – YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI hari ini menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan Ramadan kepada warga kerja MPTI dalam satu majlis ringkas tetapi penuh makna yang berlangsung di pejabatnya, di sini.
Program tahunan itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan serta sokongan kepada seluruh warga kerja bangunan tersebut dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Selain itu, ia turut menjadi simbol keprihatinan Tuan Yang Dipertua terhadap kebajikan warga kerja MPTI yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran harian.
Hadir sama, YBrs En. Noor Hafiz Mohd Arifin Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan serta ketua-ketua jabatan MPTI.