IPOH, 17 November 2025 โ Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) mencipta sejarah membanggakan apabila Kumpulan MPTI Go Green meraih Naib Johan bagi Kategori Lestari Bumi Hijau (AILBH) sempena Majlis Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2025 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Aplikasi MPTI Go Green merupakan sebuah inovasi pendidikan digital yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MPTI untuk memperkasa budaya amalan kitar semula dalam kalangan Generasi Alpha. Aplikasi ini mempunyai tujuh komponen iaitu Nota Minda, Nota Grafik, E-Sukan Pendidikan Sisa Elektro MPTI, Kuiz Alam Sekitar MPTI, Pembelajaran Berasaskan Komersial (PBK) MPTI, Ejen AI MPTI dan Maklum Balas MPTI.
Ahli kumpulan ini diketuai oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua MPTI), Ts. Mohd Amir Md Khalid (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran), En. Nor Fahmi Shah Nor Ehsan (Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran) dan En. Ahmad Fazree Ahmad Fuzi (Pen. Pegawai Teknolgi Maklumat).
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, yang mewakili YAB Menteri Besar Perak, kepada YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua MPTI. Dengan kejayaan ini, MPTI menerima wang tunai RM8,000, sijil beserta piala iringan sebagai pengiktirafan atas hasil inovasi yang dihasilkan dan dipertandingkan.
Seluruh Warga Kerja MPTI merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Kumpulan MPTI Go Green yang terlibat di atas komitmen tinggi dan usaha berterusan sehingga melakar kejayaan bermakna ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk memperkasa lagi budaya inovasi dalam merealisasikan MPTI ke arah makmur dan harmoni,
๐ฏ๐ธ๐ฟ๐ฐ๐ฆ ๐ผ๐ฉ๐ฏ๐๐ฉ ๐ฏ๐๐ฉ๐ซ๐ ๐ฎ๐๐๐ซ๐๐ป ๐ซ๐๐ฎ๐ฏ๐ผ ๐๐ฆ๐๐ฉ ๐ฟ๐ธ๐ต๐ผ๐ป ๐ผ๐ฉ๐๐๐ป 