26 APRIL 2025 (SABTU) - TELUK INTAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui siri jelajah Sentuhan Kasih 3.0 di Teluk Intan.
Sebanyak RM5,459,690.00 diumumkan oleh YB Menteri, Tuan Nga Kor Ming untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, termasuk:
RM1 juta - Naik taraf Medan Selera Glutton Square Baru, Teluk Intan
RM300,000 - Bina Gelanggang Badminton berbumbung di Kampung Baru Pasir Bedamar
RM4,159,690 - 22 projek pembangunan Kampung Baru di Daerah Hilir Perak
Program bermula dengan lawatan ke Medan Selera New Glutton Square, diikuti perasmian Gelanggang Badminton Kampung Baru Pasir Bedamar, yang kini menjadi pusat aktiviti sukan anak muda setempat.
Hadir sama YB Tuan 吴家良 Woo Kah Leong EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Pasir Bedamar, YBhg Datuk Wira Noor Azman Taib KSU KPKT, YBhg Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali Ketua Pengarah KPKT, YBrs Puan Mufidah binti Mahfodz Pegawai Daerah Hilir Perak, YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI, YBrs En. Mohd Azhar bin Alias Setiausaha Perbandaran MPTI, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI.