OPS BERSEPADU KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, PEJABAT KESIHATAN DAERAH HILIR PERAK DAN MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
27 Jun 2023 (Selasa) - KPDN telah melakukan sitaan Produk halal dan palsu, RM1000.00 kompaun tanpa lesen oleh MPTI, Penutupan premis kotor oleh PKD yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
"Operasi Khas itu dijalankan di kawasan Jalan Tepi Sungai Hutan Melintang dan fokus kepada premis kotor. Dengan kekuatan 13 anggota daripada KPDN, PKD dan MPTI OPS ini berjalan dengan jayanya.
Pihak Agensi dan Jabatan yang terlibat dalam OPS ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dan operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.