Aktiviti & Berita

PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR FIESTA KOMUNITI TELUK INTAN 2025 - WARGA SEJAHTERA MADANI

17 MEI 2025 (SABTU) - Fiesta Komuniti Teluk Intan kembali untuk tahun ketiga dan pelbagai aktiviti telah berlangsung pada program tersebut seawal jam 7.00 pagi yang telah dihadiri oleh penduduk di Daerah Hilir Perak juga Bagan Datuk dan luar dari Daerah Hilir Perak dengan kehadiran lebih 2000 pengunjung yang hadir pada program kali ini.
Program ini menjadi platform penting untuk membina hubungan kukuh antara PBT dan komuniti yang merupakan asas kepada pembangunan yang mampan dan inklusif. Dengan saling menghormati, berkomunikasi secara terbuka dan bekerjasama, semua pihak boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam
memajukan kawasan setempat demi kesejahteraan bersama.
Program dimulakan dengan Senamrobik dan disusuli acara Fun Walk bertemakan "P. Ramlee dan Saloma". Antara aktiviti yang menarik perhatian tahun ini adalah melibatkan sukan komuniti Tarik Tali, Sepak Raga Ratus, Bola Jaring 3 on 3, dan Sepakan Penalti. Sebanyak 16 Agensi/Jabatan/NGO yang terlibat dalam menyertai booth pameran pada tahun ini.
Program telah dirasmikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Hadir bersama YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, YBrs Encik Mohd Hafiz Bin Sulaiman, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT Malaysia, YBrs Dr. Siti Rohani binti Nurumal Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak, PPGB En. Ismail Yunus Pegawai Bomba Teluk Intan, YBrs Encik Mohd Azhar bin Alias Setiausaha Perbandaran MPTI, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah, Pengarah Jabatan MPTI, Penghulu Mukim Daerah Hilir Perak dan Seluruh Pengunjung Teluk Intan.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan Jabatan/Agensi/NGO yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Program Fiesta Komuniti Teluk Intan 2025 pada tahun ini.

1
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
2
20
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA