Aktiviti & Berita

PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) FIESTA KOMUNITI TELUK INTAN WARGA PERBANDARAN MADANI

20 JULAI 2024 (Sabtu) - Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Fiesta Komuniti Teluk Intan - Warga Perbandaran Madani diadakan di Padang Speedy Teluk Intan telah dirasmikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kerajaan Tempatan).
Program tersebut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang program tersebut berlangsung. Seramai 2000 orang mula membanjiri Padang Speedy Teluk Intan seawal jam 7.00 pagi untuk menyertai program yang berlangsung.
Hadir sama Pegawai Daerah Hilir Perak YBrs Puan Mufidah binti Mahfodz, YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, IR Sudin bin Hasim Jurutera Daerah JKR Hilir Perak, YBrs En. Mohd Hafiz bin Sulaiman (Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail (Setiausaha Majlis Perbandaran Teluk Intan) Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI dan seluruh warga Daerah Hilir Perak.
Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) merupakan suatu inisiatif KPKT mengimbangi kepesatan pembangunan dengan kesejahteraan komuniti bandar serta melibatkan kerjasama jitu antara Agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat dalam menjalankan aktiviti bagi tujuan pemerkasaan kehidupan komuniti bandar. Terdapat sebanyak 20 Agensi dan NGO yang menyertai Program Kemampanan Komuniti Bandar [PKKB] Fiesta Komuniti Teluk Intan pada kali ini.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Jabatan/ Agensi / NGO yang terlibat sama dalam menjayakan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Fiesta Komuniti Teluk Intan Warga Perbandaran Madani pada kali ini.

326030312 713175203534923 1392072640663063729 N
354050941 568936245415575 9053858072983308545 N
354055581 568936048748928 5077191111663890848 N
354063764 568935938748939 2010397913597113653 N
354213583 568936022082264 7604717157085278330 N
354242085 568935628748970 5679338154705729454 N
354245444 568935855415614 2204333416685136666 N
354252370 568935578748975 2399672701034509122 N
354438975 568935992082267 3187608317893202443 N
354454574 568935775415622 5490629559399941426 N
354466078 568936125415587 2251908588860347042 N
354572322 568935505415649 7193685395118480086 N
354577177 568936175415582 6577640678058987830 N
354598817 568936205415579 5080009378846247902 N
354639035 568935722082294 2891659752712577392 N
354650678 568935405415659 4294468702272200038 N
354916964 568935478748985 3161405132747840088 N
354946497 568935608748972 5511320111241735695 N
355020565 568936295415570 271453252271893986 N
355021001 568935785415621 3071609032213514918 N
355138630 568935432082323 7388497652484542331 N



aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara Β© 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/10/2024 | Jumlah Pelawat : 38172
EKSA