4 Februari 2023 (SABTU) - Program Semarak Pelancongan dan sesi sembang santai (operator pelancongan) bersama YB Encik Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak Ke Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Hadir sama Setiausaha MPTI Pn Ramdhatun Ajma Jemail, CEO Tourism Perak Cik Nurmalis Musa, Wakil Pegawai Daerah Hilir Perak, Ketua Bahagian Koporat MPTI En Megat Amerudin Megat Danian, dan Wakil dari Pengarah MOTAC.
YBhg YB sempat melawat beberapa tempat sektor pelancongan di Teluk Intan antaranya ialah Menara Condong, Gerotak Keretapi Sungai Bidor, Madrasah Al-Ihsaniah, Balai Polis Lama, Mahkamah Lama, Rick Resort, Tokong Hock Soon Keong, Street Mural Teluk Intan dan Pulau Bangau.
Majlis Perbandaran Teluk Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Encik Loh Sze Yee dan Pihak Tourism Perak dan beberapa agensi lain kerana sudi hadir ke Teluk Intan dan juga sudi mendengar pandangan serta isu-isu yang dibawa oleh operator pelancongan di Daerah Hilir Perak. Semoga Teluk Intan lebih maju makmur dan harmoni ke arah 2035 dengan idea pembaharuan dalam sektor pelancongan nanti.