14 FEBRUARI 2023 (SELASA) - Program Turun Padang oleh Yang Dipertua MPTI, Tuan Mohd Hizaz Bin Mohd Ibrahim bersama-sama Setiausaha Perbandaran, Puan Ramdhatun Ajma serta Ketua Jabatan MPTI telah diadakan pada 14 Februari 2023. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan segera keatas segala aduan dan permasalahan penduduk di kawasan Pasir Bedamar, Kampung Muhibbah dan Kampung Terengganu.
Dalam pada itu, MPTI telah mengambil inisiatif untuk memasang kain rentang kempen kesedaran di lokasi-lokasi tersebut bagi mempromosikan tatacara pembuangan sampah yang betul dan berhemah.