Aktiviti & Berita

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PARLIMEN TELUK INTAN

03 MEI 2024 (JUMAAT) - Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Teluk Intan telah diadakan di Dewan Bandaran Teluk Intan. Majlis Rumah Terbuka tersebut yang dirai dengan penuh gilang-gemilang dengan penuh kemeriahan dihadiri oleh Yang Behormat Tuan Nga Kor Ming, Selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, yang dihadiri oleh 5000 orang warga Teluk Intan.
Hadir sama Yang Behormat Tuan 吴家良 Woo Kah Leong EXCO Kerajaan Negeri Perak, Merangkap ADUN Kawasan Pasir Bedamar, Ketua Setiausaha KPKT YBhg Datuk Wira M Noor Azman Taib, TKSU KPKT Perancangan dan Persekitaran Mampan YBhg Datuk Saidatu Akhma Hassan, TKSU KPKT Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti YBhg Tn. Hj.Suhaimi Ali, TKSU KPKT Pengurusan dan Pembangunan YBrs Muhammad Razman Abu Samah, Orang Besar Jajahan Daerah Hilir Perak Dato'Hj Meor Redwan Mahayudin, YBrs Tuan Saidi Hj Saari Pegawai Daerah Hilir Perak, YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI, YBrs Pn. Halizah Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Pembangunan, Pegawai-Pegawai daripada KPKT, Pr1ma, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim Hilir Perak.
Dalam ucapan YBM KPKT Selaku Ahli Parlimen Teluk Intan, beliau telah mengumumkan sejumlah peruntukan RM42,650,232 bagi warga Teluk Intan iaitu :

✨Peruntukan untuk 45 Sekolah Kerajaan bawah Daerah Hilir Perak sejumlah RM1,710,000
✨Kampung Bahagia telah dipilih sebagai Kampung Angkat Madani, peruntukan sebanyak RM2,500,000 akan diberikan untuk kerja-kerja infrastruktur dan prasarana
✨Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Jambatan Batak Rabit yang bernilai RM2,500,000
✨Kerja Pembinaan Jambatan Baharu dari Kampung Bahagia ke Bandar Teluk Intan sejumlah RM35,000,000
✨Peruntukan Masjid dan Surau Pejabat Menteri Besar Perak Tahun 2023 sebanyak RM865,232
✨Peruntukan untuk 24 Masjid Parlimen Teluk Intan Tahun 2024 RM72,000

Majlis Perbandaran Teluk Intan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak, dan Jabatan BOMBA dan Penyelamat malaysia yang telah bersama-sama menyertai Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Teluk Intan 2024 pada tahun ini.

1
438253625 747835937525604 4709345022780458087 N
438253904 747836020858929 409819952904648220 N
438254427 747836490858882 356514214953373418 N
438254454 747836444192220 6094325275353581862 N
438254530 747836300858901 4563036840834980713 N
438255667 747836540858877 6951078464904889195 N
438259542 747836290858902 688657125090890055 N
438260093 747836107525587 1972340826080856478 N
438260791 747835867525611 5073532887691877880 N
438263768 747836140858917 6290153475866886774 N
438263999 747835900858941 7641022823644579219 N
438275509 747835950858936 367010279235195686 N
438275694 747836204192244 5060621164300087379 N
438275945 747836260858905 448479723916139775 N
438298823 747835764192288 3202959383744081266 N
438299215 747833974192467 3613676861045461496 N
438300126 747836224192242 3113003924397974908 N
438300373 747835987525599 7639872112066976467 N
438300481 747836177525580 6372449798972068295 N




aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/10/2024 | Jumlah Pelawat : 38172
EKSA