25 Mac 2025 (SELASA) โ Yang Dipertua MPTI YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim bersama Pengarah Jabatan MPTI menyampaikan hadiah kepada finalis pertandingan Gerai WOW Bazar Ramadan Teluk Intan.
Penilaian bagi pertandingan Gerai WOW dijalankan bermula minggu pertama hingga minggu ketiga bulan Ramadan. Antara kriteria yang di tetapkan adalah kebersihan gerai ,kecerian gerai , inisiatif mesra alam dan kreativiti .
Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan peniaga Bazar Ramadan mengekalkan tahap kebersihan gerai dan kualiti makanan yang dijual adalah bersih dan selamat.
Majlis Perbandaran Teluk Intan sentiasa memantau semua Bazar Ramadan bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual kepada orang ramai berada pada standard yang ditetapkan.