Aktiviti & Berita

KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX DI TELUK INTAN PUSINGAN KE-4

19 hingga 20 Julai 2025 - Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix Pusingan Ke-4 telah berlangsung di Litar Speedy Teluk Intan. Untuk makluman panjang laluan litar Jalan Speedy 1.1582 KM akan menjadikan persaingan yang sengit kepada para pelumba.
Turut hadir bagi menyaksikan perlumbaan dan menyampaikan hadiah, YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan), YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua MPTI, YBrs Tn. Hj Mohd Azhar Alias Setiausaha MPTI, Clr. En. Badrul Hisham bin Badarudin (Pegawai Khas kepada YB Menteri KPKT dan YB EXCO Kerajaan Negeri Perak), DSP Mohd Hasbullah bin Hassan mewakili Ketua Polis Daerah Hilir Perak.
Hadir sama YBrs En. Muhammad Amin Safie (Ketua Penolong Pegawai Daerah Hilir Perak), YBrs IR Sudin bin Hasim (Jurutera Daerah JKR Hilir Perak), PPgB Mohd Ismail Mohd Yunus (Ketua Balai BOMBA Teluk Intan), YBrs Puan Nor Farahin Anwar (Pegawai Belia dan Sukan Hilir Perak), Ahli-Ahli Majlis MPTI, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, serta Pengarah Jabatan MPTI. Seusai saja selesai Kejuaraan Cub Prix, turut diadakan penyampaian cenderahati daripada pihak penganjur dan penaja kepada Yang Dipertua MPTI YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan jutaan terima kasih kepda semua agensi Daerah Hilir Perak yang bersama-sama membantu dalam menjayakan Kejuaraan Cub Prix Musim 2025 Pusingan 4 pada tahun ni. Jutaan terima kasih juga kepada pihak penganjur kerana memilih Teluk Intan selaku tuan rumah pada Kejuaraan Cub Prix pada kali ini. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pelumba yang berjaya merangkul juara pada kejuaraan Cub Prix kali ini.

1
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA