Aktiviti & Berita

KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX DI TELUK INTAN PUSINGAN KE-6

02 hingga 03 September 2023 - Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix Pusingan Ke-6 telah berlangsung di Litar Speedy Teluk Intan. Untuk makluman panjang laluan litar Jalan Speedy 1.1582 KM akan menjadikan persaingan yang sengit kepada para pelumba.

Turut hadir bagi menyaksikan perlumbaan dan menyampaikan hadiah, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan), YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan), YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua MPTI, YB Puan Wasanthee Sinnasamy (ADUN Hutan Melintang).

Hadir sama YBrs Puan Ramdhatun Ajma binti Jemail Setiausaha MPTI, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, serta Pengarah Jabatan MPTI. Seusai saja selesai Kejuaraan Cub Prix, turut diadakan penyampaian cenderahati daripada pihak penganjur dan penaja kepada Yang Dipertua MPTI YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan jutaan terima kasih kepda semua agensi Daerah Hilir Perak yang bersama-sama membantu dalam menjayakan Kejuaraan Cub Prix Musim 2023 Pusingan 6 pada tahun ni. Jutaan terima kasih juga kepada pihak penganjur kerana memilih Teluk Intan selaku tuan rumah pada Kejuaraan Cub Prix pada kali ini. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pelumba yang berjaya merangkul juara pada kejuaraan Cub Prix kali ini.

1
10
11
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/03/2025 | Jumlah Pelawat : 38165
EKSA