LAWATAN KERJA BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI BAGI TAHUN 2024 KE PROJEK PEMBANGUNAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)
29 JANUARI 2024 (ISNIN) - Lawatan kerja bersama Kementerian Ekonomi bagi tahun 2024 ke projek pembangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diadakan di Menara Condong.
Tujuan lawatan ini adalah sebagai platform bagi pihak Kementerian Ekonomi dan MOTAC untuk mengenal pasti isu pelaksanaan serta memantau pelaksanaan dan hala tuju projek yang telah diluluskan bagi kerja menaik taraf Menara Condong Teluk Intan.
Turut hadir serta semasa lawatan tersebut YBhg. Dato' Shahruddin bin Abu Sohot (Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan MOTAC), Wakil JKR HQ Malaysia, Wakil JKR Negeri Perak, Jabatan Warisan Negara, YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua MPTI, YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail Setiausaha MPTI serta barisan Pengarah Jabatan MPTI Unit Teknikal.