30 OGOS 2025 (Sabtu) - Majlis Sambutan Ambang Malam Ambang Merdeka Ke-68 Peringkat Daerah Hilir Perak telah diadakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak dengan kerjasama Majlis Perbandaran Teluk Intan serta jabatan dan beberapa agensi yang lain. Program bermula seawal jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 12.30 tengah malam.
Program tersebut dimulai dengan persembahan dari Sekolah-Sekolah di Daerah Hilir Perak, Kuiz kepada pengunjung yang hadir, persembahan Kebudayaan Pelbagai Kaum dan Etnik, persembahan Gendang 24, Persembahan KOIR MPTI, Persembahan Band tempatan dan Brass Band dari SMK St Anthony Teluk Intan, Penampilan Khas dari artis tanah air Fairuz Selamat (gegar Vaganza), kiraan detik 12 malam, nyanyian lagu Negaraku dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Hilir Perak Puan Sabrina binti Sabran mewakili Pegawai Daerah Hilir Perak, ACP Dr. Bakhri bin Zainal Abidin Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Tuan Ir Sudin bin Hasim Jurutera Daerah JKR Hilir Perak, Setiausaha MPTI Tn Hj Mohd Azhar Alias, En. Badrul Hisham Badarudin Ahli Majlis Kanan Mewakili YB Ahli Parlimen Teluk Intan, Tuan Hj Samsuddin bin Tajul Urus Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, PPgb Mohd Ismail bin Mohd Yunus (Ketua Balai BOMBA Teluk Intan), Ketua-Ketua Jabatan Daerah dan Agensi, Wakil Ketua Jabatan, Ahli Majlis MPTI, Penghulu Mukim, Pengerusi JPKK Hilir Perak, Pengarah Jabatan MPTI.
Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Menara Condong sudah pastinya pada tahun ini kita rasai menyambut kemerdekaan dengan penuh semangat cintakan negara dan semangat Kemerdekaan. Hampir 6000 pengunjung membanjiri Dataran Menara Condong bagi bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan pada kali ini.
Majlis Perbandaran Teluk Intan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Jabatan/Agensi/ yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Program Ambang Merdeka Peringkat Daerah Hilir Perak pada tahun ini. Kerjasama anda semua sangat-sangat dihargai.