Aktiviti & Berita

MPTI JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK

IPOH, 31 OGOS 2023 - MPTI telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan bagi kategori Bangunan Kerajaan/Swasta yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Perak (JAPEN). Naib Johan jatuh kepada Majlis Daerah Tanjung Malim dan tempat ketiga dimenangi oleh Majlis Daerah Perak Tengah.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim serta putera baginda, YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Turut hadir dalam majlis itu adalah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad bersama isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan yang telah bertungkus lumus dalam mendekorasi bangunan pejabat MPTI sempena Bulan Kemerdekaan kali Ke-66.

371763014 608104994832033 6438690120891559842 N
371782543 608104771498722 8183426827054886872 N
371805585 608104741498725 6670238970462645870 N
371867279 608104948165371 4635755910780014809 N
371895545 608105031498696 7339564211978527705 N
372763012 608105161498683 8900974797116143401 N

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/03/2025 | Jumlah Pelawat : 38165
EKSA