Aktiviti & Berita

PERASMIAN ANUGERAH BAKAT MUDA SEZAMAN (BMS23) OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI DI DATARAN MENARA CONDONG

πŸŽπŸ‘ πŒπ€π‚ πŸπŸŽπŸπŸ’ (𝐀𝐇𝐀𝐃) - Dataran Menara Condong, Majlis Penganugerahan Bakat Muda Sezaman (BMS23) telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk) di Dataran Menara Condong Teluk Intan.
Turut bersama dalam majlis ini ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad dan YB Dato Sri Tiong King Sing Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), CP Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri (Ketua Polis Perak), YBrs. Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, YBrs. Encik Shaik Rizal Sulaiman Pengerusi LPSVN, YBrs. Encik Amerrudin Ahmad Ketua Pengarah Balai Seni Negara, YBrs. Encik Saidi Bin Haji Shaari Pegawai Daerah Hilir Perak, YBrs. Encik Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Orang Besar Jajahan Hilir Perak Dato' Hj. Meor Redwan Mahayudin dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.
Tahniah Balai Seni Negara atas penganjuran ini, dan lebih bermakna lagi kerana pemenangnya adalah anak jati Teluk Intan sendiri, saudara Mohamad Zulkifli Mohd Jais yang bakal mewakili negara ke Geangju Biennale 2024 di Korea Selatan. Ini adalah peluang besar untuk mempromosikan Malaysia dan Teluk Intan di pentas antarabangsa.
Dalam ucapan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau berharap usaha Balai Seni Negara dalam mengiktiraf bakat muda terus ditingkatkan, lokasi bersejarah seperti Menara Condong dijadikan sebagai seni tapak atau lokasi seni yang menarik pelancong. Inilah yang boleh memperkaya lagi budaya dan warisan kita dan beliau juga mencadangkan agar usahasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan ditingkatkan untuk memajukan lokasi-lokasi bersejarah yang ada di negeri Perak ini. Mari kita jaga dan promosikan warisan kita bersama.

1
10
11
12
13
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara Β© 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/10/2024 | Jumlah Pelawat : 38172
EKSA