Aktiviti & Berita

PERASMIAN PEMBUKAAN SEMULA RIVERFRONT TELUK INTAN

25 JANUARI 2024 (KHAMIS) - Yang Behormat Tuan Nga Kor Ming Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan telah merasmikan pembukaan semula Riverfront Teluk Intan.
Turut hadir YB Tuan 吴家良 Woo Kah Leong (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina merangkap ADUN Pasir Bedamar), YBrs Tn. Hj Mansor bin Mohamad (Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara), YBrs Tn. Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, YBrs Ir. Sudin bin Hasim (Jurutera Daerah JKR Hilir Perak), Setiausaha MPTI Pn. Ramdhatun Ajma Jemail, PPgb Tuan Mohd Ismail bin Mohd Yunus (Ketua Balai BOMBA dan Penyelamat Teluk Intan) , Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah, Ahli-Ahli Majlis MPTI serta Pengarah-Pengarah Jabatan MPTI.
Dalam ucapan YB KM, naik taraf Riverfront Teluk Intan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keceriaan, kebersihan dan keselesaan pengunjung bagi merancakkan ekonomi setempat dan juga merupakan tempat penyatuan komuniti dan mengeratkan silaturrahim antara penduduk dan sesebuah masyarakat. Tambahan beliau "Peruntukan naik taraf taman rekreasi Riverfront Teluk Intan ini merupakan "performance-based budget" atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT Malaysia terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan selaras dengan Tahun Melawat Perak 2024.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB KM diatas kesudian menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Semula Riverfront Teluk Intan serta penyaluran peruntukan untuk menaik taraf taman tersebut.
 

1
10
11
2
3
4
5
6
7
8
9
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/03/2025 | Jumlah Pelawat : 38165
EKSA