Aktiviti & Berita

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2025

27 SEPTEMBER 2025 (SABTU) - Program Hari Cuci Malaysia (HCM) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di empat buah tempat di Daerah Hilir Perak dan Daerah Bagan Datuk (Taman Melor, Taman Desa Maju Perak Langkap, Taman Desa Bernam Hutan Melintang dan Taman Teluk Intan). Majlis Perasmian diadakan di kawasan Taman Teluk Intan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua MPTI. Turut hadir sama (Ketua Polis Daerah Hilir Perak) ACP Dr Bakri bin Zainal Abidin, IR Sudin Hasim (Jurutera Daerah JKR Hilir Perak), Pn. Nor Liza binti Yen (Pegawai Alam Sekitar Cawangan Teluk Intan), YBrs Dr. Siti Rohani binti Nurumal (Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak), YBrs Puan Nurlaila binti Abdul Azid (Pegawai Penerangan Hilir Perak), PPgB Mohd Ismail Yunus (Pegawai BOMBA Hilir Perak), YBrs En. Muhammad Amin Safie (Ketua Penolong Pegawai Daerah Hilir Perak Pembangunan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Rakan-Rakan NGO, KRT Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, barisan Pelajar SMJK C San MIn Jalan Merbok dan Komunti setempat.
Hari Cuci Malaysia bukan sekadar aktiviti mengutip sampah atau membersihkan kawasan, tetapi membawa mesej penting bahawa kebersihan adalah budaya yang mesti dipupuk bersama dan menjadi tanggungjawab semua, bukan hanya Pihak Berkuasa Tempatan. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif peringkat Kebangsaan yang diadakan secara serentak di seluruh negara bagi menyemarakkan budaya kebersihan dan kelestarian dalam kalangan masyarakat.
MPTI juga berharap penganjuran program ini dapat memperkukuh budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat, memupuk semangat kerjasama komuniti dan menyokong aspirasi menjadikan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk sebagai daerah yang bersih, Makmur dan Harmoni, Teluk Intan Tanpa Sampah Pasti Lebih Ceria.
MPTI merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Jabatan/Agensi/NGO/ dan Sekolah yang terlibat sama dalam menjayakan Hari Cuci Malaysia Tahun 2025.

1
10
11
12
13
14
15
16
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA