Aktiviti & Berita

PROGRAM PENANAMAN POKOK TEDUHAN DI PERSISIR SUNGAI PERAK

17 OGOS 2024 (Sabtu) - Program Penanaman Pokok Teduhan di Persisir Sungai Perak di bawah Local Agenda 21 (LA21) dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan/Agensi/NGO di Daerah Hilir Perak di Tapak Ban JPS Taman Melor Sejati.
Seramai 300 orang peserta yang hadir bagi menyertai Program Penanaman Pokok Teduhan. Pokok teduhan yang dimaksudkan adalah jenis Pokok Kelat Paya dan Siput Merawan Jantan yang mana ianya adalah untuk meningkatkan kesedaran bagi memelihara kawasan hijau yang akan dilitupi oleh pokok-pokok dan kawasan hutan di seluruh negara untuk kesejahteraan dan kehidupan lestari. Sebanyak 200 Pokok Teduhan berjaya di tanam oleh semua peserta pada harini.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyemai semangat cinta dan menghargai alam semula jadi serta memupuk kefahaman mengenai penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature-based solutions) dari kalangan kanak-kanak dalam mencapai kehidupan lestari yang lebih baik dan menghijaukan Malaysia dan ekosistem di masa akan datang.
Program dirasmikan oleh YBrs Puan Mufidah binti Mahfodz (Pegawai Daerah Hilir Perak), turut hadir YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua MPTI), ACP Ahmad Adnan bin Basri (Ketua Polis Daerah Hilir Perak), YBrs Tuan Haji Mohd Zainal bin Mohd Nor (Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT), Setiausaha MPTI Puan Ramdhatun Ajma Jemail, Pegawai Perpaduan Hilir Perak Tuan Mohd Syahmi, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI, Pelajar Kolej Vokasional Teluk Intan, Pelajar Kolej Komuniti Teluk Intan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Anak-Anak dari Tabika Perpaduan, Rakan-Rakan NGO, dan Komuniti Taman Melor.
Untuk makluman, Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program yang melibatkan kerjasama pihak kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Majlis Perbandaran Teluk Intan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat sama dalam menjayakan program ini.

1
10
11
12
13
14
15
16
17
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara Β© 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/10/2024 | Jumlah Pelawat : 38172
EKSA