Program “Focus Group Town Hall" telah diadakan di Dewan Rumah Rehat MPTI pada 26 Jun 2023. Program selama satu hari ini telah memfokuskan punca dan penyelesaian masalah kebersihan awam melalui pendekatan bersama-sama dengan komuniti setempat yang diwakili oleh Pengerusi KRT Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, Ahli-Ahli Majlis, Pejabat Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, penghulu mukim dan Badan-Badan Bukan Kerajaan.
Antara skop penting perbincangan adalah mengenai aspek logistik, kewangan, perumahan dan industri, agensi kerajaan, kawasan luar operasi PBT, pusat komersil dan taman rekreasi.
Yang Dipertua MPTI, Ybrs. Tuan Zairul Akmal bin Kasim hadir sebagai perasmi dan bertindak sebagai moderator program tersebut. Turut hadir Setiausaha MPTI, Puan Ramdhatun Ajma Jemail, Wakil Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI, Penghulu Mukim, Pengerusi/Setiausaha KRT dan Wakil NGO.