YB KM HADIR KE TAKLIMAT BANJIR DI MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
04 November 2023 - Satu sesi taklimat bagi menangani masalah banjir kilat kepada YB Menteri KPKT oleh MPTI bersama Agensi-Agensi yang berkaitan di Majlis Perbandaran Teluk Intan. Taklimat berkaitan isu saliran dan longkang telah disampaikan oleh YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI.
Turut hadir sama semasa taklimat tersebut YB Tuan Woo Kah Leong Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Pasir Bedamar, Jurutera Daerah JKR Ir. Tuan Sudin Hasim, Jurutera Daerah JPS, Setiausaha MPTI YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail, Ahli Majlis MPTI, Pengurus Seksyen Belati Wangsa, Pengurus Seksyen Empayar Indera, Pengurus Seksyen Puncak Emas Infra Sdn. Bhd, Pengarah Jabatan MPTI.
Dalam sesi yang sama YB KM Tuan Nga Kor Ming turut menyampaikan Mock Cheque RM 8,714,735.00 kepada YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI diatas keseluruhan jumlah wang peruntukan pada tahun 2023.
Pihak MPTI juga merakamkan ucapan penghargaan kepada YB Tuan Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Teluk Intan merangkap Menteri KPKT dan YB Tuan 吴家良 Woo Kah Leong, ADUN Pasir Bedamar merangkap EXCO Kerajaan Negeri Perak yang telah menyumbangkan peruntukan yang besar bagi menjalankan sebanyak 42 projek bagi menangani masalah longkang dan saliran di kawasan Teluk Intan. Keprihatinan kedua-dua Yang Berhormat ini amatlah dihargai dalam memastikan masalah banjir kilat ini dapat diatasi.