Aktiviti & Berita

ANGKAT SUMPAH AHLI - AHLI MAJLIS TAHUN 2024 - 2026

21 MAC 2024 (KHAMIS) - Seramai 22 Ahli Majlis telah mengangkat sumpah sebagai jawatan Ahli Majlis, Majlis Teluk Intan (MPTI) yang berlangsung pada jam 9.00 pagi di Dewan Mesyuarat Utama MPTI.
Upacara mengangkat sumpah ini disaksikan oleh YB Encik ๅดๅฎถ่‰ฏ Woo Kah Leong, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Merangkap ADUN Pasir Bedamar yang mana YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua MPTI mendahului acara mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis. Hadir bersama YB Steven Chaw, Setiausaha Politik kepada YB Tuan Nga Kor Ming Menteri KPKT Merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan bin Basri, Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Supritenden Ali bin Jali, YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail, Setiausaha Perbandaran MPTI, Barisan Pengarah MPTI serta rakan-rakan media.
Dalam ucapannya, YB ๅดๅฎถ่‰ฏ Woo Kah Leong berkata Ahli Majlis berperanan sebagai instrumen yang sangat penting dalam hierarki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penglibatan Ahli Majlis ini adalah untuk mewakili kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat. Mereka perlu memainkan peranan bagi menerangkan dasar dan tindakan PBT serta bersama masyarakat setempat untuk menemukan penyelesaian bagi isu-isu yang timbul dan bekerjasama untuk merancang pembangunan demi kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.
Tempoh pelantikan ini adalah selama 2 tahun bermula 16 Mac 2024 hingga 15 Mac 2026.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua dan Selamat Menjalankan Tugas supaya dapat memacu MPTI ke persada yang lebih tinggi.

1
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
2
20
3
4
5
6
7
8
9



aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara ยฉ 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38157
EKSA