Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar 2025 anjuran MPTI ini adalah bertujuan memupuk kesedaran tentang sikap pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab (responsible pet ownership), di samping memperkasa komuniti dan PBT dalam usaha mengurus haiwan terbiar secara beretika.
Kempen pengurusan haiwan terbiar bukan sahaja memberi manfaat kepada haiwan tersebut, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan. Dengan mengurangkan populasi anjing liar, kempen ini dapat membantu mencegah penyebaran penyakit, mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.