Jejak Warisan

Mahkamah Lama

Mahkamah Lama

Mahkamah Lama Teluk Intan telah dibina pada tahun 1891 dan siap pada tahun 1893. la merupakan antara bangunan pentadbiran kolonial terawal di Teluk Anson dan berfungsi sebagai tempat untuk mendengar dan menjatuhkan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di Hilir Perak.

Pada setiap hari Ahad dari tahun 1893 sehingga tahun 1912, bangunan mahkamah ini juga digunakan oleh penganut Kristian Anglican untuk tujuan keagamaan sehinggalah bangunan Gereja Anglican (kini Gereja St Luke the Evangelist) siap dibina pada tahun 1912. Bercirikan senibina Neo-Klasikal Inggeris, rekabentuk bangunan in masih kekal meskipun terdapat perubahan moden.

Selepas berakhirya Perang Dunia Kedua, bangunan mahkamah ini telah dijadikan sebagai Mahkamah Jenayah Perang sementara bagi mengadili kes jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Jepun di Hilir Perak. Hasilnya, Sarjan Sasaki Saburo yang merupakan ketua pasukan Kempetai (Polis Rahsia) Teluk Anson lelah dijatuhi hukuman mati oleh juri hakim Mahkamah Jenayah Perang Teluk Anson yang bersidang pada 17 dan 18 Jun 1947.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/03/2024 | Jumlah Pelawat : 38169
EKSA